Wednesday, December 17, 2008

Tentang cinta...

Hari ini, saya tertarik untuk membaca sebuah buku tulisan Zamri Mohd yang telah dipinjam oleh Kak Cik daripada Kak Suria.Saya baru sahaja membaca bab pertama di dalam buku ini, sudah banyak input baru yang saya perolehi daripada buku ini. Perkataan 'cinta' yang diolah bukanlah cinta yang tiada arah tujuan. Beliau menghuraikan perkataan cinta dalam erti kata cinta penuh tanggungjawab (yakni cinta kepada manusia) dan cinta yang tulus ikhlas diberi tanpa paksaan. Selain itu, persoalan cinta yang dihuraikan beliau adalah cinta antara lelaki dan perempuan..Sekadar ingin berkongsi sedikit kata-kata oleh beberapa individu..

Cinta seperti sebatang sungai, sentiasa menemui jalan baru apabila bertemu halangan.. - Crystal Middlemas..

Cinta itu kukuh, namun ada lembutnya, ia mudah berderai. Untuk memberi cinta sebenar ialah dengan memahaminya. Untuk dicintai ialah dengan menghormatinya.. - David Levesque

Seandainya kita menterjemah cinta dengan menggunakan daya upaya diri untuk menyumbang orang lain dalam apa yang kita lakukan, maka muncullah peluang untuk anda berkembang. "
-David Mc Arthur dan Bruce MC Arthur-

Ramai yang bisa menyebut kata cinta, tapi ramai juga yang masih keliru tentang apa pengertiannya. Apa tidaknya, sudah ramai yang kecundang dalam peristiwa ini. Ibn Qayyim telah menghuraikan tidak kurang daripada 60 perkataan tentang cinta. Antaranya adalah :
  1. Al-Mahabbah yakni kasih sayang,
  2. Al-Alaq yakni hubungan dan segumpal darah
  3. Al-Wuddu yakni yang tulus
  4. Al-khilmu yakni sahabat
  5. Al-Danafu yakni kesakitan kerananya
  6. Al-Wahl yakni ketakutan atau gementar
  7. Al-Walahu yakni kebingungan atau tidak waras
  8. Al-Taabud yakni kehambaan

Jika dilihat pada contoh-contoh yang disenaraikan oleh Ibn Qayyim, dapat disimpulkan bahawa inilah hakikat cinta. Persoalan cinta ini sungguh luas jika ingin dibincangkan. Kita boleh lihat cinta ini dari pelbagai sudut yakni dari segi kepada siapa cinta ingin diberi, bagaimana ingin memberi cinta, apa yang ingin diberi dan sebagainya. Untuk merasa diri bahagia, ayuh kita terjemahkan cinta daripada sudut yang positif. Berikan cinta pada yang berhak menerimanya yakni suami, isteri, ibu bapa dan sahabat handai..Jika pernah disakiti cinta (sebagai contoh : bercerai dengan suami/isteri, disakiti oleh seseorang yang anda harapkan menjadi teman hidup anda), bersabarlah dan teruskan hidupmu dan janganlah putus harap kepadaNya..Percayalah..masih ada insan yang menyayangi anda dan berdoa kepada anda..

p/s : Terdetik untuk berkongsi persoalan ini di sini setelah membaca blog-blog individu yang berkongsi luahan hati mereka tentang C.I.N.TA..Terutama bagi individu yang kecewa dan bertepuk sebelah tangan. Kepada individu-individu yang merasa derita akibat cinta, usah terus dibuai rasa kecewa kerana Allah Maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Tinggal lagi, terus maju kehadapan, usah berpaling ke belakang, rancang kehidupan anda dan terus berdoa moga Allah mengurniakan insan terbaik buat diri anda..insyaallah :). Ayuh, jadi insan yang positif!!

Tuesday, December 09, 2008

Salam Aidiladha

Sekadar gambar hiasan :)


Selamat Hari Raya Aidiladha buat Muslimin dan Muslimat seantero dunia. Marilah kita bersama-sama memperbaiki diri selagi hayat dikandung badan. Moga Allah beri peluang pada diri kita untuk terus beribadat kepadaNya dan meneruskan perjuangan di bumi wakafan ini..





"Wahai Tuhanku, maafkanlah akan daku kerana sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pemaaf dan Yang Mempunyai Kemuliaan " ..


Ameen..Ya Rabbal Alamin...

Monday, December 01, 2008

i've been tagged by izzah aka ummu hurairah..:)

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
sama macam izzah ulfah..kalo bende..my little mario, first laptop in my life

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
hm..kalo xsilap raya hari tu..baju kurung putih bunga merah..tetiba attracted to that colour plak :P

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
Kalo boleh kat rumah ni aje..best sbb ramai orang boleh datang..unlimited :)

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
I consider dis as husband-wife relationship la ye..of course i want to be forever with my future husband.[saya pasti semua wanita inginkan perkara yang sama ]..mudah2an sampai ke syurga..ameen :)

5. Adakah anda dilamun cinta?
Biarlah rahsia..:P..ngee..soklan pe kah??..Cinta..cinta sblm kawen no no ye..after kawen..yes satu kemestian..:)

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
Food court Mesra Mall..hehe..that was 13 hari yang lepas kot..

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
English Year 4 textbook :P terpaksa beli coz nak kena prepare lesson plans and teaching aids last semester aritu..huhu

8. Apakah nama penuh kamu?
Given da name 'Alyaa Zahidah binti Mohd Zuhari

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
Mom !! :)

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Orang yang akan mengadap muka saya 24 jam 7 hari dan sampai saya mati suatu hari nanti..huhu..

11.Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu?
Ain, Izzah, akhowat2 kat Shams dulu, dak2 Tesl Cohort 2(50 orang tu sume saya penah share pape wlaupun mslh sbsar kuman..huhu..tp big matters orang tertentu je la), my housemates dan ramai lagi sebenarnya..

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
Ye..officially mencuci smjak masuk hostel masa umo 13 tahun..saya suka mncuci sbb leh ilang stress..hehe..cubalah kawan-kawan..hehe

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
Mecca and United Kingdom..:)

14. Pelukan atau ciuman?
Suka hug marsya..buleh ilangkan stress..huhu

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
Cat lover, suka buat kek, suka basuh baju, suka kucen, suka chicken chop

16. 8 perkara yang amat saya gilai
Buku (esp buku baru), magazines, chocolate, conteng2, internet, mum's cooking, wat GO (academic cket :P), wat teaching aids (sbb leh kaler2 n lukis-lukis)

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
Ya Allah, huhu, haha, hehe, ye, takmboh, ok, bye

18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
Men From Mars Women From Venus
Dear John
The Sealed Nectar
Jangan Bersedih
Pengurusan Masa Berkesan
ELT Methodology (Nesamalar Chitravellu)
Rahsia kusyuk solat
Buku Teks BI Year 4

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
Akrab persahabatan, Nur Malam, Sendiri, Untukmu Teman, Cahaya, Ayat2 Cinta,
More Than Words, Season in the sun

19. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
Don't give up, sabar, memberi dan menerima, hargai orang lain, be realistic, cool, berhati-hati, jangan gelabah

20. Mari meng'tag' 8 orang lain.
Ummi
Kak Cik
Ain
Mirah
Indah
Fiza
Kak Yana
Baya