Salam sahabat-sahabat semua. Di sini saya ingin berkongsi tips-tips menjelang peperiksaan. Informasi ini saya petik dari laman web http://members.tripod.com/bijakcemerlang/motivasi.htmSemoga 'entry' saya pada kali ini memberi manfaat kepada sahabat-sahabat semua.
Langkah -langkah Bijak Menjelang Peperiksaan
- Bertenang dan melapangkan fikiran.
- Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.
- Tidur yang mencukupi..
- Menjaga kesihatan diri.
- Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.
- Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .
- Membuat dan membaca nota-nota ringkas.
- Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
- Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak.
- Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.
- Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
- Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
- Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.
- Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.
- Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.
- Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawap sebelum dan selepas peperiksaan.
- Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
- Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
- Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.
- Pastikan pelajar menjawap semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.
KATA-KATA HIKMAT
- Cita-cita membuatkan manusia mengharapkan sesuatu yang lebih sempurna.
- Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga,melainkan adakalanya disirami dengan aiarmata dan juga darah.
- Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.
SELAMAT BERJUANG DI MEDAN PEPERIKSAAN


1 comment:
haii..ok..tapi saya dah takder final exam..cuma ada final paper jer..hehehhe..
nice to meet you
from: www.wanmus.com
Post a Comment