Salam ukhwah pada sahabat-sahabat yang mengunjungi blog musafirah amani. Sudah sekian lama hamba tidak menulis di sini. Sesungguhnya, amat sukar bagi hamba untuk meng ‘update’ blog dek kerana tiada internet connection di rumah. Kebetulan hari ini saya ke office sekolah (tempat ibu saya mengajar). Sebenarnya saya datang ke sini hanyalah untuk check examination result. Pagi-pagi lagi saya datang ke sini, bila dah dapat internet access, mula la gatal tangan nak surf. Alang-alang, saya singgah la di teratak saya ni.
Goodbye UIA..We'll be coming back here next year for da convocation !! We gonna miss our moments in IIU especially in INSTED..
Selamat tinggal Taman Ilmu dan Budi
Maka tamatlah riwayat kehidupan saya di bumi UIA tercinta. Namun, siapa yang tahu, saya akan kembali ke sana untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Mudah-mudahan. Tengoklah kalau ada rezeki, saya memang ingin terus menyambung pelajaran. Pada semester hadapan, saya akan kembali menyambung pengajian di IPPM, menghabiskan program ijazah pertama saya untuk tempoh setahun sahaja lagi. 1 April 2008, merupakan hari terakhir saya menduduki peperiksaan di UIA. Usai sahaja paper Discourse Analysis For ELT, saya dan sahabat-sahabat ke Foyer INSTED untuk farewell party bersama Dr. Noorlide. Satu kenangan yang manis. Kami merakamkan detik-detik terakhir bersama pensyarah yang amat kami hormati. Hurm, Tak sangka sungguh pantas masa berlalu. Sedih juga nak tinggal kan uia ni kerana saya rasa sangat bahagia tinggal di sini. Memang banyak jugak pengalaman manis, masin (ade ker?) dan pahit yang telah saya lalui. Yang pasti, saya akan merindui UIA..sorb..sorb..

Our Favourite Lecturer : Ustaz Kabuye( he knows his students very well :)
2005
Pertama kali menjejakkan kaki ke UIA dan mendaftarkan diri sebagai mahasiswa di sini. Just for a week, 50 of us ( my TESL friends and I) stayed here. It was just for Taaruf Week (minggu suai kenal). Seingat saya, pada ketika itu, kami ditempatkan di mahalah paling jauh iaitu Mahalah Maryam. Setiap pagi (before Subuh), kami akan berjalan ke CAC. Lucu jugak kalau diingatkan balik. Ramai pelajar2 baru ketika itu hairan dengan sikap kami yang begitu happy and excited pada ketika itu. Yela, kami dah 2 tahun bersama di maktab dan sangat rapat. Datang ke UIA untuk taaruf week, umpama Cuti-cuti Malaysia sebab seminggu je kami berada di sini. Tamat sahaja minggu suai kenal, kami akan memulakan first year of the degree programme di IPPM...

2006/2007/2008
Kami kembali ke sini untuk meneruskan tahun ke 2 dan 3 di sini. Kali ini, semua pelajar TESL (Pre-Service) ditempatkan di Mahallah Asiah. Hostel yang best dan selesa. Kalau nak dibandingkan kemudahan di sini dan di maktab, memang jauh berbeza sekali. Kami bersyukur dengan apa yang kami dapati di sini. Bagi saya, di sini saya jumpa apa yang saya cari. Ketenangan. Tak perlu saya huraikan, cukup perkataan itu yang saya berikan. Itulah perasaan saya pada permulaan kehidupan di sini. Namun, dalam kehidupan pasti ada saat sedih dan duka. Ya, saya juga tidak dapat lari daripada ujian-ujian yang berat dariNya. Namun, masih, saya rasa lebih tenang di sini. Terus tenang dan tenang....
Bersama exco-exco MPP (sisters)
Tahun ini banyak kejutan yang saya terima tika mana saya baru sahaja menjejakkan kaki ke sini. Semuanya bermula selepas cuti pertengahan semester 1 2006/2007. Saya tidak menyangka saya akan diberi taklifan oleh Allah S.W.T untuk berada di barisan kepimpinan MPP UIA pada tenure itu. Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu. Memang sukar untuk digambarkan. Takut, risau, bimbang. Perasaan saya ketika itu bercampur baur. Sejujurnya, sudah lama saya tidak terlibat dengan organisasi sebegitu besar. Sahabat-sahabat MPP ketika itu boleh dikatakan hebat-hebat belaka. Namun, itulah dikatakan perancangan Allah. Mungkin Allah mahu saya belajar sesuatu dari taklifan ini dan alhamdulillah berkat pertolongan dari Nya dan sahabat-sahabat yang setia, dapat juga saya menggagahkan diri untuk terus cekal menggalas bebanan tugasan..4 bulan jawatan kami tidak disahkan. Baru saya tahu perasaan seorang YB ketika itu. Bukan senang menjadi YB ya. Dicaci, dihina, dipuji, disegani, itulah asam garam seorang pemimpin. Sesungguhnya, pengalaman yang saya perolehi di sini cukup mematangkan diri saya. Selama setahun berada di SRC Office, baru saya tahu pahit maung bergelar wakil pelajar. Lewat Oktober 2007, kami telah mengadakan AGM dan meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada kepimpinan baru untuk meneruskan misi menjaga kebajikan mahasiswa-mahasiswi UIA. Terima kasih pada sahabat-sahabat perjuangan yang telah memberi sokongan selama ini..
Musafirah terpaksa menghentikan penulisan seketika.. Tunggu ye...To be continued…
4 comments:
Jangan lama sgt 'to be continued' tuu..:p
salam.
u'v been tagged.sila tgk blog sy utk maklumat lanjut :)
yeay dh update blog..tahniah alyaa
rindu ler kt alya y comel hehe
btw anda tlh kena tag hehe..:P
org kc..syer pn kena la main same heh e n_n
menunggu titipan kenangan yang seterusnya:)
Post a Comment