
Hari ini dah masuk hari ke 16 puasa (fasa keampunan). Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi peluang kepadaku untuk terus bernafas di bumi ciptaanNya ini. Mati itu pasti. Aku pun akan mati. Tapi bilakah sampai waktu itu. Hanya Dia yang tau. Menjadi rutin harian ku setiap kali aku berjalan ke maktab, aku akan melewati tanah perkuburan Kampung Pengkalan Rama. Aku cukup gerun pabila melihat tanah perkuburan. Bukan gerun dengan cerita-cerita misteri, tapi datang kesedaran bahawa aku akan disemadikan di tempat sebegitu jua satu hari nanti. Ramadan kali ini juga aku dikabarkan dengan berita kematian bekas guruku dan datuk (sebelah ayah). Innalillahiwainnailaihi rojiun. Semoga Allah golongkan mereka dalam kalangan orang-orang beriman. Al--Fatihah buat mereka dan tidak dilupakan buat allahyarhamah ibu saudaraku Sharifah Azita Syed Othman (meninggal pada 16 April 2006)..


No comments:
Post a Comment