Friday, May 23, 2008

Hidup diteruskan lagi...

Di waktu cuti begini, ku teruskan hidup macam biasa, menjalankan tanggungjawab ku sbg seorg Muslim, anak , kakak dsb. Pada musim cuti beginilah aku mengambil peluang untuk bersama keluarga tersayang. Bila dah mula semester nanti, pasti banyak tugasan dan tanggungjawab yang menghambat. Rindu jugak pada kuliah-kuliah, program-program kerohanian di kampus sebenarnya. :) Hm, banyak yang aku rasai sepanjang cuti ni. diriku dapat merasai susah senang menjadi suri rumah (ni bukan bermaksud saya dah married yerk..insyaallah bila dah sampai masenyer...hehe). Bila dah rasa sendiri baru tahu payah nye nak maintain kan keadaan rumah supaya sentiasa kemas. Rasa kagum di hati bila memikirkan ibuku dan nenek ku yang sabar mengurus rumah selama ini. Boleh kah aku sabar macam mereka???Mudah-mudahan begitulah..Satu lagi, dalam kita nak setelkan keje2 di rumah pun, hati memang kena ikhlas.. kalo tak seme keje tak jadi..mungkin jadi..tapi tidak begitu sempurna..mesti ada yang kurang. Nilai murni ini memang patut kita apply dalam apa jua keadaan.


Hmm..rasa nak komen something yang quite different from my entries before. Sepanjang cuti ni saya ada ikut satu cerita di astro aruna yang mengisahkan seorang gadis yang terpaksa mengharungi liku2 hidup yang sukar selepas menjadi mangsa rogol seorang lelaki yang tidak dikenalinya sewaktu dia pergi bercuti bersama seorang rakannya. Ibunya telah meninggal dunia pabila mendengar berita tersebut. Walaupun mengandung, dia tetap meneruskan persekolahannya. Tapi sungguh kasihan kerana dia sering di caci dan di maki oleh pelajar-pelajar di sekolah itu. Tambahan lagi dia ada seorang musuh ketat yang memang busuk hati. Panjang jugak citanya..last2 dia kahwin jugak dengan lelaki yang telah menghancurkan hidupnya. Tapi mak aii..memang tragis la hidup dia..kadang2 rasa cam nak ketuk2 je tibi sbb geram ngan orang yang duk mencaci si mangsa ni.. Bila dah kawin, ingatkan makin ok. Laki dia seksa dia lagi, cemburu buta, fitnah dia macam2, kena tibai dengan penampar dan penumbuk setiap hari.. Kesian sungguh.. Tapi memang suaminya tu seorang pemabuk, takde agama, dan kaki perempuan. Apa yang buat hati ni tersentuh ni bila mana suami dia tuduh dia membuta tuli. memang cukup memedihkan hati..tapi dengan baby yang dah lahir tu, suaminya tak buat pape. dia sayang pada anak tu. Tapi mangsa kemarahannya adalah isterinya. Isteri kena gari kat tepi kolam malam2 buta atas sebab mengadu pada rakan sekolahnya. tragis sungguh. tapi memang apa yang boleh disimpulkan, bila mana takde agama, begitulah jadiknya..actually, suaminya berjanji nak berubah dan nak bertanggungjawab. tapi nak berubah tu mungkin tak kan kekal bila mana tak diniatkan kerana Allah. Bila dah kawin, dia kembali kepada perangai buruknya.




Cite tu tak abes lagi. Panjang lagik kot..huhu.. tapi satu je la. actually cita ni typical drama, ada unsur-unsur cinta dan memang tak Islamik la. Kalo ade pun, yang mangsa tu la yang semayang. Tapi saya terpanggil untuk memberi komen untuk part wife kna pukul. agak sensitif bile tengok cite2 sebegini. Tapi realitinya, terlalu banyak dalam masyarakat kita yang berpenyakit macam ni. Suka pukul isteri. Kesalahan bukan sahaja ada pada yang lelaki aje. Pada wanita-wanita juga ada. Ada wanita yang tak hormat suami, queen control, dsb. Papepun, dalam rumah tangga, give and take is vital. Kalau hanya satu pihak sahaja yang memberi dan satu pihak sahaja yang menerima, lama kelamaan rumahtangga pun jadi hambar. Saya bercakap berdasarkan pengalaman-pengalaman orang dan buku-buku yang telah dibaca kerana saya belum berumah tangga lagik. Apa yang ditulis ini sebenarnya coretan nasihat buat diriku juga yang inginkan kebahagian hidup yang kekal di dunia dan akhirat. Moga terus thabat dijalan Nya. Jika kita sentiasa bersamaNya..insyaallah..kebahagiaan akan menjadi milik kita di dunia dan di akhirat..Ok.nanti saya update lagik.umah dah de streamyx. saya cuba jadik blogger yang rajin dan komited.babai. wassalam..

Link menarik : http://www.marsvenus.com/

2 comments:

Nurul 'Izzah said...

huhu..tak ku sangka kawanku ini minat astro aruna kekeke :p dok pening ke kok semuanya indon? :p

musafirah_amani said...

bukan minat bnor cik adik wei..se cerita tu aje ambe tengok..leni leh paham dah bahasa diorg..hehe