Wednesday, May 28, 2008

Sayang Tak Terucap..

Malam Isnin lepas sampailah malam semalam, aku telah berjaya menghabiskan satu novel karya Norhayati Berahim, bertajuk ‘Sayang Tak Terucap’. Novel ini mengisahkan Delilah, seorang doktor gigi yang telah berjumpa dengan ayah kandungnya setelah 32 tahun terpisah. Takdir menemukan mereka setelah lama ditinggalkan bersama ibu tercinta. Delilah, telah dibesarkan oleh ibu, nenek dan datuknya yang cacat penglihatan. Selama ini, perkataan ayah begitu asing di dalam hidupnya. Datuknya yang buta itulah yang dianggap ayah olehnya.

Ayahnya terpaksa melangkah pergi meninggalkan mereka berdua atas alas an pergi mencari rezeki. Namun, malangnya, orang yang sering ditunggu, saban hari hilang begitu sahaja. Usia perkahwinan antara Mawar dan Aminuddin baru sahaja mencecah 5 bulan. Setelah 4 tahun menunggu, akhirnya Mawar menuntut fasakh kerana sudah tidak tahu di mana lagi harus dicari suami tercinta.

Kini, Tan Sri Aminuddin telah berjaya. Beliau telah menjadi seorang ahli perniagaan. Sewaktu Tan Sri susah dahulu, beliau menjadi seorang tukang kebun di sebuah banglo. Pada ketika itu, jodoh menemukan beliau dengan Mijahlara, janda anak satu yang ditinggalkan suami yang bermain kayu tiga. Namun, Tan Sri tidak pernah menceritakan asal usul nya kepada Mijahlara dan ini telah membuatkan Mijahlara yakin untuk berkahwin buat kali kedua. Setelah 32 tahun, Tan Sri Aminuddin kembali teringat akan kisah lama apabila terbaca kisah wanita contoh yang telah mendapat anugerah bersempena kejayaannya di dalam bidang perniagaan, sumbang bakti beliau di rumah-rumah kebajikan. Malahan, anaknya juga turut sama berjaya dan menjadi kebanggaan ibunya. Mereka adalah Hajah Mawar dan Delilah. Apakah reaksi Delilah dan ibunya?? Kalau nak tahu bacalah novel ni yer...

Novel ini memang bagus. Setiap bibit kata penulis ditulis dengan penuh teliti. Unsur-unsur Islamik juga banyak disertakan. Kalau ada masa, saya cadangkan bacalah novel ini. Bagi saya membaca novel dapat membuka minda dan memberi pengalaman. Melalui novel juga pelbagai nasihat dan teladan yang kita perolehi. Cukup mendidik hati. Huhu. Sebenarnya minat membaca novel ini timbul kembali setelah membaca novel Ayat-ayat Cinta yang dipinjam dari seorang sahabat , Mei tahun lalu kalau tak silap saya. Minat tu ada, tapi masa tak mengizinkan. Bila dah mula baca balik saya dah tak reti berhenti. Saya nak baca lagi dan terus baca lagi..hehe..Nanti saya buat book review lagi kalau ada masa.

3 comments:

Dr Kadir said...

Rindunya untuk kembali menelaah novel-novel yang ada, terlalu banyak yang terlepas baca. Dan alhamdulillah sekarang ni ramai penulis-penulis yang menyelitkan unsur-unsur islamik dalam karya masing-masing.

Norhayati Berahim, karyanya belum pernah ana baca, walau selalu juga kawan-kawan beritahu memang karyanya best. InsyaAllah ada peluang nanti baca la...

Teruskan membaca selagi nyawa dikandung badan... Iqra' Usjud Iqtarib :)

Nurul 'Izzah said...

hihi..nasib baik la saya pun tak buat novel review kat blog tu..kalau tau, penuh dengan novel review je dalam blog tu :p

dulu memang 'gila' baca novel cintan cintun ni, tapi sekarang dah bosan, sebab plot & format citer dorang ni lebih kurang jee..

Buat cik Musafirah, teruskan membaca huhu :p

musafirah_amani said...

To dr kadir :

Ana pun 1st time baca karya beliau. tu pun pinjam dengan kawan. mmg ana suka lah tulisannya..realistik..tak berbelit..Hehe.btul tu dr. Iqra' Usjud Iqtarib..macam kenal aje motto tu ... :)

To cik izzah :
takpe..cik tulis la jugak..bior banyak pun..hm,sbb tu alyaa baca cite ni.lain dari yang lain. x jiwang karat pun..best je membacanya..